hati terusik..


Kini,
Aku kembali sendiri,
Tanpa kawan, tanpa teman,
Tanpa seseorang yang dipanggil sahabat.
Kini,
Aku mula berfikir,
Termenung dan kembali merenung,
dimana terselitnya kesilapan itu,
dimanakah letaknya kekurangan dalam perhubungan.


Kini,
Aku buntu,
Aku mula akur,
Jika persahabatan itu,
Jika perhubungan itu,
Jika kasih sayang itu,
Lahirnya dari sekeping hati yang ikhlas,
Dibina hanya kerana mencari keredhaanMu,
Pastinya akan sering teruji,
tidak akan lari daripada dugaan dan cabaran.


 Kini,
Aku menyelongkar diri ini,
Berusaha mencari kesilapan diri,
Berusaha mengformat kembali sikap sendiri,
Agar pisang tidak berbuah lagi.




Kini,
Jahatkah aku...zalimkah aku??
Andai kata-kataku mengguris,
Andai gurauanku keterlaluan,
Andai perbuatanku menghiris ketenangan.
Maafkanlah diri ini...
kerana aku hanya insan biasa,
Punyai kekurangan dan tidak sempurna,
masih melakukan kesilapan tanpa disedari.


Kini,
Aku terima,
Aku cuba mencari kedamaian,
Mengintai sebuah keikhlasan hati,
Aku tidak mampu sendiri,
tapi aku juga tidak akan pernah memaksa,
kerana hati manusia itu amat sukar diduga,
Aku lebih rela kehilangan seorang teman.
tapi jangan KAU jauh dariku tuhan,
kerana tanpa rahmatMu aku tidak mampu hidup,
tanpaMu, aku tiada ertinya.


Kini,
Aku mula muhasabah diri,
Aku ingin menjadi seteguh karang dilaut,
Tidak mengalah tika diuji,
Aku ingin kembali kepada fitrah insani,
Yang mendambakan kebaikan,
Yang cinta untuk melakukan kebaikan,
Aku mahukan akhlak yang terpuji,
Seperti serikandi-serikandi zaman silam para anbiya,
Tuhan..
Bimbing langkahku..bersihkanlah hati ini,,,
Agar aku dapat memaafkan,
Menghulurkan sebuah kemaafan dari hati yang jernih,
demi mengharapkan keredhaanMu semata-mata.
InsyaAllah..
bingkisan hati..
(26/3/2012)





silalah like kalau suka!!tq

0 comments:

Setting > Comment > Pop-up Windows > Save Changes !