Dosa yang lebih besar dari berzina...!!




Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam dukacita yang sangat mencengkam..

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah mengoyak hidupnya.


Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya
berderai tatkala dia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya..."jawab wanita cantik..

"Katakanlah, jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan durjana, pergi kamu dari sini!!! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan dia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

.
.
.
Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara yg lain agar menjadi amalan kpd kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.
 sharing is caring




silalah like kalau suka!!tq

jangan gunakan perkataan salam !!!!

 
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

::Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain::

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim 'salam maut'kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!..jangan main2

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As-salam" yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnyaSee More

silalah like kalau suka!!tq

tolong jgn lakukannya~



Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini ALLAH tidak suka..kalau tertidur lain cerita.

 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki..takut kalau-kalau terbawa keluar najis,.Mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing..makruh kerana ia membahayakan. 

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh..makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat subuh,nanti..rezeki mahal [kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat].


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalan.nanti hati kita gelap diseliputi dosa.

Jangan bergaul bebas di tempat kerja..banyak buruk dari baiknya.

 
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.nanti rosak persahabatan kita..hilang bahagia. 


  Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya..kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

  Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan..doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal Selamanya.

  
 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN...sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNYA.
                                        



silalah like kalau suka!!tq

berhenti mengeluh dan bangkitlah~

                       ~sekadar peringatan kepada diri sendiri dan teman2 seperjuangan~


::Sebagai kaum yang sentiasa dianggap lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai  dan dihormati::

Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani. Wanita yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama. Dan dalam  menjalankan apa sahaja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan perasaan dibandingkan logik akal.

Sebenarnya, kita perlu berfikir tentang baik buruknya suatu perkara yang sedang dan akan berlangsung di hidup kita. Bila dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara ini tidak selalunya benar. Meskipun kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang membuat kita down, namun jika kita berfikir dengan jauh, sebenarnya  Hidup ini terlalu singkat untuk dibuat rumit.

Ada perkara dimana, kita harus berehat sejenak. Menghirup udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan membuat beban kita seolah–olah terlepas. Ada sahaja yang membuat perasaan kita gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya. Lebih – lebih lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan. Banyak orang yang memutuskan untuk “menghilang sejenak”. Wanita  memang memerlukan waktu-waktu tertentu untuk kita berehat sejenak. Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.

Saya hanya ingin menjalani sesuatu sesederhana mungkin dan tidak ingin dibuai dengan perasaan, kerana saya merasa bahawa kaum wanita kadangkala menjadi mangsa buaian perasaannya. Bukan tidak boleh untuk berangan, tetapi janganlah berlebihan. Kerana sesuatu yang dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul kan?

Kita harus memiliki standard sendiri untuk memilih perkara yang  baik untuk kehidupan kita. Kalau sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit hati yang ada pada diri. Padahal banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.

Percayalah bahawa keletihan, kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui semuanya. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan beruraian air mata. Tak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.

“Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh 'Aidh Al-Qarni]
“Kadangkala, bukan suasana yang harus diganti… Tetapi rasa di dalam hati yang perlu kita perbaiki”. [Tarbawi, 6 Mei 2010]

Kita perlu bijak mengawal perasaan kita, befikiran logik, dan tidak gelabah dalam bertindak. Apabila kita  merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.
                                                           ~Don’t waste your time~
Masih ada kesempatan jangan terlalu dibuai oleh perasaan. Berhentilah mengeluh dan bangkitlah..
sumber asal: Muslimah Sholeh

 

silalah like kalau suka!!tq

::bersabarlah wahai hati::






kata orang HATI yang marah kerasnya bagai kerikil tajam.......
kata orang HATI
yang sakit parahnya bagai tertusuk duri sembilu.......
kata orang HATI
yang luka bisanya bagai disengat ribuan lebah.......
namun benarlah kata orang hanya ke
MAAFan yang dapat mencairkan segalanya......
 

HATI yang keras kembali lembut.......
HATI yang sakit kembali bangkit.......
HATI yang luka kembali ceria.......
memang benarlah hanya keMAAfan penawar bagi HATI yang redha..

ALLAHlah yang memegang Hati itu.◕♥

(¯` Andai hati itu terluka, ingatkan ia tentang Penyembuhnya,agar DIA titipkan penawar bisa..◕♥

(¯` Andai hati itu kecewa, ingatkan ia tentang Pelindungnya,agar DIA usirkan segala duka...◕♥

(¯` Andai hati itu terpalit dosa, ingatkan ia tentang Pengampunnya,agar Dia bersihkan debu noda..◕♥

(¯` Andai hati itu gundah gulana, ingatkan ia tentang Pentadbirnya,agar DIA hembuskan ketenangan ke dada


:: Inginkan MUTIARA selamilah LAUTAN
:: Inginkan BAHAGIA tempuhilah PENDERITAAN
:: Inginkan KEJAYAAN relailah PENGORBANAN

Ketahuilah bahawa sebenarnya setiap KEPAHITAN itu terkandung 1000 KEMANISAN

  
Ya Allah,
Jadikanlah kami hamba2Mu yang soleh/solehah,
Kuatkanlah hati kami untuk mengikut segala syariatMu,
Jauhkanlah diri kami dari kesesatan dan kealpaan,
Cukupkanlah kami dengan apa yang telah Engkau berikan pada kami,
Teguhkanlah iman kami untuk berdiri di jalan takdirMu,
Ampunilah kami dan berkatilah hidup kami..
Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami mengharap dan meminta pertolongan.. 


Ada tiga hal yang jika dimiliki dalam diri seseorang, maka ia akan mendapat pemeliharaan dari Allah, akan dipenuhi rahmat-Nya dan Allah akan memasukkannya ke dalam lingkungan hamba yang mendapat cinta-Nya, yakni:


Orang yang selalu bersyukur ketika mendapatkan nikmat


Orang yang mampu meluapkan amarahnya tapi mampu memberi maaf atas kesalahan orang


Seseorang yang apabila sedang marah dia menghentikan marahnya.


::Kegagahan seorang wanita bukan pada kekuatan fizikalnya, tetapi pada kekuatan perasaan::
 


 




silalah like kalau suka!!tq

hati terusik..


Kini,
Aku kembali sendiri,
Tanpa kawan, tanpa teman,
Tanpa seseorang yang dipanggil sahabat.
Kini,
Aku mula berfikir,
Termenung dan kembali merenung,
dimana terselitnya kesilapan itu,
dimanakah letaknya kekurangan dalam perhubungan.


Kini,
Aku buntu,
Aku mula akur,
Jika persahabatan itu,
Jika perhubungan itu,
Jika kasih sayang itu,
Lahirnya dari sekeping hati yang ikhlas,
Dibina hanya kerana mencari keredhaanMu,
Pastinya akan sering teruji,
tidak akan lari daripada dugaan dan cabaran.


 Kini,
Aku menyelongkar diri ini,
Berusaha mencari kesilapan diri,
Berusaha mengformat kembali sikap sendiri,
Agar pisang tidak berbuah lagi.




Kini,
Jahatkah aku...zalimkah aku??
Andai kata-kataku mengguris,
Andai gurauanku keterlaluan,
Andai perbuatanku menghiris ketenangan.
Maafkanlah diri ini...
kerana aku hanya insan biasa,
Punyai kekurangan dan tidak sempurna,
masih melakukan kesilapan tanpa disedari.


Kini,
Aku terima,
Aku cuba mencari kedamaian,
Mengintai sebuah keikhlasan hati,
Aku tidak mampu sendiri,
tapi aku juga tidak akan pernah memaksa,
kerana hati manusia itu amat sukar diduga,
Aku lebih rela kehilangan seorang teman.
tapi jangan KAU jauh dariku tuhan,
kerana tanpa rahmatMu aku tidak mampu hidup,
tanpaMu, aku tiada ertinya.


Kini,
Aku mula muhasabah diri,
Aku ingin menjadi seteguh karang dilaut,
Tidak mengalah tika diuji,
Aku ingin kembali kepada fitrah insani,
Yang mendambakan kebaikan,
Yang cinta untuk melakukan kebaikan,
Aku mahukan akhlak yang terpuji,
Seperti serikandi-serikandi zaman silam para anbiya,
Tuhan..
Bimbing langkahku..bersihkanlah hati ini,,,
Agar aku dapat memaafkan,
Menghulurkan sebuah kemaafan dari hati yang jernih,
demi mengharapkan keredhaanMu semata-mata.
InsyaAllah..
bingkisan hati..
(26/3/2012)





silalah like kalau suka!!tq

beritahu pada muslimah itu..



Beritahu pada muslimah itu, 
Dirinya ibarat kaca,
Disentuh terguris,
Dihantuk serpih,
Dihempap berkecai..
 
  
 Beritahu pada muslimah itu,
Jaga tutur katamu,
Cakap tinggi nanti dibenci,
Terlalu rendah dipijak pula,
Cakap sombong mengundang lawan,
Hati-hati meluah kata,
Kerana pulut santan binasa,
                    Kerana mulut badan binasa...  

                 
Beritahu pada muslimah itu,
Jaga tingkah laku,
Harga diri terletaknya disitu,
Jangan meluru mengikut telunjuk nafsu,
Sekali tersilap langkah,
Akan dihukum selamanya,
Keturunan dicerca payah,
Menyesal kemudian bukan faedah...


Beritahu pada muslimah itu,
Jaga pakaianmu,
Ia cermin peribadi
Juga lambang bangsa,
Masa dan keadaan macam mana pun,
Biar orang kenal ...dia orang Islam.


Beritahu pada muslimah itu,
Simpanlah secebis malu,
Kerana malu itu,
Sebahagian daripada iman..


p/s:
berkawan kerana Allah,
berpisah kerana Allah,
menuntut ilmu kerana Allah,
memberi kerana Allah,
berkasih sayang kerana Allah...
ikhlaskanlah dirimu melakukan apa sahaja kerana Allah..moga hidup lebih diberkati. 
katakanlah wahai teman-teman..this is how I live my life.





silalah like kalau suka!!tq

melihat tanpa bertemu...

     Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.
     Pengembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?"
     "Oh, kerbau pakcik yang buta itu ya?" tanya budak itu.
     "Ya, ya...." jawab pakcik itu dengan cepat.
     "Rasanya kerbau pakcik itu dah tua...." tambah budak itu lagi.
     "Betul, betul, kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"
     "Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"
     "Betul. Betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu dimana?"
     "Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik...." kata budak itu.
     "Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni..."
     "Betul saya tak nampak pakcik," balas budak itu lagi.
     "Kalau kau tak jumpa, macammana kau tahu sifat kerbau pakcik?"
      Budak itu tersenyum.
      "Macam ni..." kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.
      "Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
      "Ya. Memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?"
      "Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah yang di sebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah....ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang...."
      
Moral of the story::
           Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihatNya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. Cukuplah dengan melihat ciptaanNya di sekeliling kita...

renung2 kan ye...!




silalah like kalau suka!!tq

siapalah aku~


sekadar renungan bersama...

 ~Subuh
dimana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku

~Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan pekerjaanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku

~Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih leka dibuai masa
siapa aku di depan Tuhan ku

~Maghribnya
aku melihat warna malam
tapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan 
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan

  ~Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktu
 siapa aku di depan Tuhan ku

kini aku masih tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup pasti ada mati
bagaimana jenazahku akan disembahyangkan disini
jika ruangku dibiarkan kosong 
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang..





silalah like kalau suka!!tq

pada siapa cinta itu??...











Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pd seseorang,
yang melabuhkan cintanya pd Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mneyintai Mu,

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada Mu,
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dr hati Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yg merindui syahid di jalan Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pd kekasih Mu,
jgn biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan pjg menyeru manusia kepada Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih Mu,
jgn biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pd cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada Mu.

Amin...
                                                   
 ya rabbul izzati...
bukan aku tak mahu mencintaiMu
bukanku tak tahu kesetiaanMu
bukanku tak cuba mengagungkanMu
tapi...
aku cuma seorang insan biasa
yang tidak terlepas dari kelalaian 
yang sering mendambakan cinta selainMu
maafkan aku Ya Allah...
kau jadikanlah cintaku hanya untukMu
dan anugerahkanlah cintaMu untukku
agar aku tidak tertipu lagi..
dengan mainan cinta dunia yang menipu....amin.

                   


silalah like kalau suka!!tq

khas tuk sume yg pernah mengenali...


sahabat...
aku mengenalimu melalui satu nama..
aku memahamimu melalui satu renungan..
aku mengingatimu melalui satu kenangan..
dan aku menyayangimu melalui satu perasaan.
sahabat...
persahabatan kita ibarat janji yang dibuat dalam hati..
tidak dapat ditulis..tidak dapat dibaca..
tapi tidak akan terpisah oleh jarak..
dan takkan berubah dek masa.

                                     ::selagi kita berkawan, selamanya kita tetap kawan::

silalah like kalau suka!!tq

heal my heart..

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,Bila jiwa sukar berlapang dada,Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,Bila hati sentiasa ingin marah,

Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,Bila hati mula mengeras,Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,Bila diri berpura baik di hadapan manusia,Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,Bila hati mula disempitkan dengan dunia,Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..
::tuhan,...bawa aku kpadaMu,..jgn biarkn kami jauh dari rahmat & kasih sayangMu...
sesungguhnya aku manusia yg lalai..jgn KAU biarkan aku leka dgn duniaku ini..

tuhan,.....ampuni aku,,.~

silalah like kalau suka!!tq