melihat tanpa bertemu...

     Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.
     Pengembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?"
     "Oh, kerbau pakcik yang buta itu ya?" tanya budak itu.
     "Ya, ya...." jawab pakcik itu dengan cepat.
     "Rasanya kerbau pakcik itu dah tua...." tambah budak itu lagi.
     "Betul, betul, kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"
     "Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"
     "Betul. Betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu dimana?"
     "Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik...." kata budak itu.
     "Kau jangan main-main. Memang itulah kerbau pakcik. Kerbau pakcik dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya. Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni..."
     "Betul saya tak nampak pakcik," balas budak itu lagi.
     "Kalau kau tak jumpa, macammana kau tahu sifat kerbau pakcik?"
      Budak itu tersenyum.
      "Macam ni..." kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.
      "Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
      "Ya. Memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?"
      "Cuba pakcik lihat baik-baik. Semua rumput yang diragutnya adalah yang di sebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah....ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang...."
      
Moral of the story::
           Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihatNya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. Cukuplah dengan melihat ciptaanNya di sekeliling kita...

renung2 kan ye...!




silalah like kalau suka!!tq

4 comments:

cotton candy said...

betul 2..walupun kita x nmpk dia..tp dia sellu ade dengan kita..

karamel said...

yup cotton candy..=)) He always be there with us..

♥ CikguHearty ♥ said...

salam ya ukti..rin da folow blog awak..ayuh folow blog rin..

IFA Athirah said...

welldone!!!sbb tu kita kenali sifat2 and cerita Rasulullah.bru lah kita dpt dalami..

Setting > Comment > Pop-up Windows > Save Changes !