Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,Bila hati sesak dengan karenah
manusia yang tidak memahami,Bila jiwa sukar berlapang dada,Bila hati
disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,Bila hati sentiasa
ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan
nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,Bila diri terasa enak berlingkar dengan
maksiat,Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,Bila hati mula
mengeras,Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,Bila hati mula meminta untuk yang
bukan haq,Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,Bila diri berpura
baik di hadapan manusia,Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,Bila diri menyesal dengan setiap
taqdir-Nya,Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,Bila merasa diri milik mutlaq
diri sendiri,Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,Bila setiap perbuatan tidak terniat
untuk Allah,Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya
syurga,Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,Bila merasa cinta
manusia lebih asyik daripada cinta Allah,Bila hati tidak rindu untuk
bertemu-Nya,Bila hati mula disempitkan dengan dunia,Bila diri sombong tidak
mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati
aku lagi..
Heal my heart
ya Allah..
Bless me with a new
heart..
::tuhan,...bawa aku
kpadaMu,..jgn biarkn kami jauh dari rahmat & kasih sayangMu...
sesungguhnya aku
manusia yg lalai..jgn KAU biarkan aku leka dgn duniaku ini..
tuhan,.....ampuni aku,,.~
silalah like kalau suka!!tq
0 comments: