::Sebagai kaum yang sentiasa dianggap
lemah, wanita perlu berjuang dengan kuat untuk dihargai dan dihormati::
Wanita, janganlah mudah meminta untuk
dikasihani. Wanita yang kuat akan selalu bangkit
ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama. Dan dalam
menjalankan apa sahaja aktiviti, wanita hendaklah dengan logik daripada
perasaan meskipun pada kenyataan, kita sebagai wanita cenderung menggunakan
perasaan dibandingkan logik akal.
Sebenarnya, kita perlu berfikir tentang
baik buruknya suatu perkara yang sedang dan akan berlangsung di hidup kita. Bila
dikatakan hidup itu rumit, melelahkan, sulit dan sebagainya, perkara ini tidak
selalunya benar. Meskipun kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang
membuat kita down, namun jika kita berfikir dengan jauh,
sebenarnya Hidup ini terlalu singkat untuk dibuat rumit.
Ada perkara dimana, kita harus berehat
sejenak. Menghirup udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin
berdesir yang akan membuat beban kita seolah–olah terlepas. Ada sahaja yang membuat perasaan kita
gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya. Lebih – lebih
lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan. Banyak orang yang memutuskan
untuk “menghilang sejenak”. Wanita memang memerlukan waktu-waktu tertentu
untuk kita berehat sejenak. Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang
tentu timbul dari sebuah perasaan.
Saya hanya ingin menjalani sesuatu
sesederhana mungkin dan tidak ingin dibuai dengan perasaan, kerana saya merasa
bahawa kaum wanita kadangkala menjadi mangsa buaian perasaannya. Bukan tidak
boleh untuk berangan, tetapi janganlah berlebihan. Kerana sesuatu yang
dilakukan secara berlebihan hasilnya belum tentu baik. Betul kan?
Kita harus memiliki standard sendiri
untuk memilih perkara yang baik untuk kehidupan kita. Kalau sentiasa
mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit hati
yang ada pada diri. Padahal banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita.
Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.
Percayalah bahawa keletihan, kepenatan,
kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui semuanya. Meskipun
kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan beruraian air
mata. Tak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk
mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.
“Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke
tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau
gembira.” [Syaikh 'Aidh Al-Qarni]
“Kadangkala, bukan suasana yang harus diganti… Tetapi rasa di dalam hati
yang perlu kita perbaiki”. [Tarbawi, 6 Mei 2010]
Kita perlu bijak mengawal perasaan
kita, befikiran logik, dan tidak gelabah dalam bertindak. Apabila kita
merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan
berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang
lain.
~Don’t waste your time~
Masih ada kesempatan jangan terlalu
dibuai oleh perasaan. Berhentilah mengeluh dan bangkitlah..
sumber asal: Muslimah Sholeh
silalah like kalau suka!!tq
0 comments: