9 mimpi Rasulullah Saw tentang umat Baginda

1- Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatanya disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada ibu bapanya.

2- Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, tapi dia telah diselamatkan oleh berkat wudhunya yag sempurna.

3- Aku melihat seorang daripada umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.

4- Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5- Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi telaga, dia dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah s.w.t memberi minum hingga dia merasa puas.

6- Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk dalam kumpulan, setiap kali ia datang, ia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelah.

7- Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah s.w.t lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8- Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturrahim dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya.
 
9- Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka dengan segera menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.















silalah like kalau suka!!tq