siapalah aku~


sekadar renungan bersama...

 ~Subuh
dimana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku

~Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan pekerjaanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku

~Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih leka dibuai masa
siapa aku di depan Tuhan ku

~Maghribnya
aku melihat warna malam
tapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan 
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan

  ~Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktu
 siapa aku di depan Tuhan ku

kini aku masih tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup pasti ada mati
bagaimana jenazahku akan disembahyangkan disini
jika ruangku dibiarkan kosong 
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang..





silalah like kalau suka!!tq

2 comments:

Zam said...

Salam dik :) Zam blogwalking kat sini.. Td ada tnya mcm mn nak ltak shoutbox tu kan? adik daftar je kat situ, & ikut arahan ;) senang je :))

syahidazulkifli said...

wslm..mekasih byk2 =))

Setting > Comment > Pop-up Windows > Save Changes !